Pelajari rahsia usahawan cendawan menjana pendapatan lumayan melalui projek cendawan!

" Ingin jadi usahawan cendawan berjaya? Tapi anda tak tahu teknik betul  untuk mulakan projek sendiri? Jangan bimbang, kami ada berita baik untuk anda "

Salam hormat buat pembaca ,

Sebelum saya memperkenal ebook ini, eloklah saya perkenalkan diri dahulu. Nama saya Zamlan bin Shamsuddin, atau lebih dikenali sebagai Lanchini, seorang pengusaha cendawan dari Felda Chini Timur 3, Pekan, Pahang Darul Makmur. 

Dewasa ini kerajaan giat promosikan sektor pertanian sebagai satu cabang peniagaan yang boleh dimajukan. Projek cendawan sering mendapat liputan dalam media elektronik dan akhbar. Pelbagai kisah kejayaan dan hasil yang lumayan digembar-gemburkan demi menarik minat orang ramai.

Tapi adakah anda tahu bahawa projek cendawan adalah satu bidang sensitif yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran? Adakah anda tahu ramai pengusaha yang berakhir dengan kegagalan? Apakah faktor utama kepada kegagalan ini?

Mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai projek cendawan adalah satu persedian penting yang sering di pandang ringan  oleh kebanyakan orang terutamanya jenis yang mudah 'terpesona' dengan angka pendapatan pengusaha cendawan yang telah berjaya. Memang ianya bisnes lumayan, tapi jangan sampai lupa pengetahuan asas dan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi. Sungguh malang  apabila melihat ramai pengusaha baru yang bertungkus-lumus dapatkan modal, tapi akhirnya tersungkur tanpa dapat melangkah jauh.

" Jadi, apa teknik terbaik untuk memulakan projek cendawan dan seterusnya jana pendapatan lumayan melaluinya? "

Berita baik untuk anda yang ingin tahu jawapan kepada soalan di atas. Saya telah mengumpulkan segala pengalaman serta pengetahuan dalam industri ini dan menterjemahkannya kepada sebuah ebook Panduan Cendawan Tiram khas untuk mereka yang ingin mulakan secara kecil-kecilan atau sederhana. Saya sendiri bermula dengan kegagalan. Pengalaman itu telah banyak mendidik saya supaya memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum membuat sesuatu. Kita harus bersedia untuk membuat sedikit pengorbanan demi menggapai kejayaan yang diimpikan.

Memperkenalkan  


Panduan yang ditulis oleh seorang pengusaha cendawan khas buat bakal usahawan cendawan. Ebook setebal 75 m/s adalah versi upgrade dari versi sebelum ini. Isi kandungannya telah dipertingkatkan lebih dari sekali ganda dan dipakejkan dengan  satu folder Galeri Gambar Projek Cendawan. Folder ini mengandungi koleksi gambar yang disusun berdasarkan tema tertentu dan pasti berguna untuk memantapkan kefahaman anda terutamanya mereka yang belum pernah melihat bagaimana projek cendawan di usahakan.

Saya telah sediakan edisi previu ebook ini. Anda boleh dapatkannya dengan memasukkan nama dan email anda ke dalam form di bawah.


Masukkan nama dan email anda untuk dapatkan  Ebook Panduan Cendawan edisi previu secara PERCUMA
Nama anda:
Email anda:
 

Antara ciri-ciri utama ebook ini

checkmark
Isi kandungan yang tersusun padat dengan info berkaitan - Saya menulis ebook ini dengan  fokus untuk membantu anda memulakan projek cendawan langkah demi langkah. Ramai yang tidak pasti bagaimana untuk mulakan projek cendawan.Saya dahulu pun bermula dari bawah dan menghadapi masalah yang serupa. Saya cuba terangkan rasional atau apa tujuan disebalik tindakan/ciri agar anda faham sedalam-dalamnya. Berikut adalah ringkasan isi kandungan ebook ini ;

Bab 1 : Pengenalan kepada cendawan
Anda akan mempelajari perkara-perkara asas cendawan seperti jenis-jenis cendawan di Malaysia,mengapa memilih projek cendawan tiram dan apakah kelebihannya buat anda. Anda juga sepatutnya tahu apakah potensi projek cendawan ini. Satu model pengiraan kos dan hasil turut disediakan. 

Bab 2 : Memulakan Projek
Membuat persediaan adalah asas kejayaan sesebuah projek. Didalam bab ini, anda didedahkan dengan persediaan awal apa yang perlu dilakukan.  Kemudian ciri-ciri infra yang perlu dibina serta teknik cepat memulakan projek cendawan. Didalam bab ini juga kami dedahkan teknik-teknik membuat bungkah dari awal hingga tempoh peramnya. Teknik penjagaan bangsal turut diperincikan kerana ianya salah satu kunci kejayaan projek cendawan anda. Pelbagai tips menarik lagi ekslusif menanti anda.

Bab 3 : Hasil dan Cabaran
Kini tiba masa untuk memungut hasil. Jadi bagaimana untuk dapatkan hasil maksimum? Hasil yang sekata? Ebook ini akan menerangkan semuanya. Dan topik yang lebih penting ialah memahami masalah penyakit dan bagaimana untuk hadapinya. Salah satu cara mengurangkan kerugian ialah merawatnya kembali. Bagaimana untuk lakukannya? Kami turut berkongsi pengalaman dalam menggunakan pelbagai produk EM dan baja nutrisi. Ingat, tanpa pengetahuan secukupnya, 1 bungkah berpenyakit boleh menyebabkan ratusan bungkah lain turut rosak.

Bab 4 : Penutup
Bab ini saya lebih memfokuskan kepada persoalan-persoalan yang tidak berkaitan secara lansung dengan projek cendawan. Ia lebih kepada memberi motivasi dan semangat untuk anda lebih berusaha.

checkmark Penuh dengan gambar dan ilustrasi - Untuk kefahaman maksimum, saya masukkan pelbagai gambar berkaitan dengan sesuatu tema perbincangan. Jika tidak dapat diperjelaskan dengan gambar, saya sediakan ilustrasi dalam bentuk flow chart. Lihatlah contoh-contoh di bawah ;

PanduanCendawanScShot1
---------------------------------------------------------------------

PanduanCendawanScShot2
Lebih dari ini, saya turut menyediakan satu folder Galeri Gambar Projek Cendawan yang mengandungi pelbagai gambar yang disusun mengikut tema. Contohnya, gambar bangsal cendawan, alat kukus dan sebagainya.
checkmark Pelbagai tips dan teknik original - Saya turut memberi pelbagai tips dan teknik yang boleh memudahkan kerja serta meningkatkan kefahaman. Tips dan teknik ini mungkin anda tidak akan pelajari di tempat lain.
checkmark Tema ekstra - Dalam bab terakhir, saya turut memuatkan beberapa tema ekstra seperti soalan-soalan lazim dan kisah awal penubuhan Chini Agro. Tak lupa sedikit kata-kata semangat didalam tema 'Kunci Kejayaan Sebenar'

Untuk memastikan ebook ini betul-betul berkualiti, saya telah memberikannya kepada beberapa orang kenalan saya untuk menilainya. Kebanyakan mereka merupakan usahawan cendawan yang berpengalaman. Banyak pandangan positif lagi membina telah saya terima. Antaranya ;

TESTIMONI #1


Saya Fadzli dari Seremban. Mula-mula terima kasih kat en Zamlan sebab bagi peluang saya baca ebook terbaru beliau. Saya bukanla orang yang pandai sangat mengenai cendawan. Tapi saya ada seorang pakcik yang mempunyai projek cendawan di Pedas, Negeri Sembilan. Jadi saya idea sikit-sikit pasal cendawan ni.

Bagi saya ebook ni sangat bagus sebab saya dapat fahamnya dengan sekali baca je. Kandungannya jelas dan tersusun. Penerangannya dilengkapi gambar, itu yang best  terutamanya untuk orang yang masih blurr macam saya ni. Lepas baca ebook ni, saya rasa semangat pulak nak buat bisnes cendawan!

Ahmad Fadzli,
Seremban
TESTIMONI #2

Syabas Lan ,
 
Ebook anda sungguh power , semua topik yang patut ada sudah pun dilengkapi , perfect dan mencukupi untuk pengusaha-pengusaha baru.
 
Saya rasa ia akan mendapat sambutan yang baik apabila dilancarkan nanti.
 
Tahniah !

Goh Kim Guan
RASE Mushroom
TESTIMONI #3

Saya dah review ebook cendawan ni dan pandangan saya ia satu ebook yang menarik, sangat informatif dengan maklumat yang lengkap tentang teknik dan tip menjalankan bisnes cendawan dan juga penyediaan beg cendawan. yang paling penting banyak dimuatkan pengalaman saudara dalam memulakan bisnes ni yang boleh dijadikan panduan buat bakal usahawan yang ingin menceburi bidang ini.
Ok, komen saya, : Menarik. Sangat informatif dan satu panduan serta manual yang berguna buat bakal usahawan cendawan.

Nizam
Cendawan Global
TESTIMONI #4

Saya telah baca buku ebook Panduan Cendawan Tiram, bagi saya ianya refresh balik hal2 yang saya terlepas pandang atau tak ambil berat tetapi sebenarnya penting dalam memastikan bisnes cendawan berjalan lancar terutamanya aspek penghasilan dan penjagaan. Terdapat elemen-elemen di dalam ebook ini yang memaparkan perkembangan terbaru perusahaan cendawan selaras dengan perkembangan semasa. Ebook ini lain dari yang lain kerana antara kelebihannya saudara memaparkan pengalaman/penemuan2 sendiri saudara yang sangat berguna pada pengusaha2 cendawan lain. Bagi saya ini adalah maklumat baru dan bermanfaat seterusnya membantu saya dalam menjalankan perusahaan cendawan tiram kelabu. 

Tahniah atas ebook2 yang saudara hasilkan. Semoga usaha saudara berjaya dan menjadi contoh ikutan positif.

Mahawir Mat Lawi
MyCendawan

POTENSI PROJEK CENDAWAN

Di Malaysia, perusahaan cendawan telah berkembang pesat sejak daripada awal tahun 2001. Sehingga ebook ini ditulis, kini terdapat kira-kira 400 orang pengusaha di seluruh Malaysia. Jumlah pengeluaran kesemua pengusaha ini di anggarkan kira-kira 24 tan sehari. Namun, kadar pengeluaran ini masih jauh daripada kadar permintaan dalam negara. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8 Januari 09, Malaysia memerlukan kira-kira 50 tan cendawan sehari. Ini bermakna, negara kita masih kekurangan 26 tan cendawan sehari. Dalam erti kata lain, potensi projek cendawan untuk usahawan baru masih terbuka luas. Ayuh, perkemaskan langkah anda untuk merebut peluang ini segera!

Oh ye, untuk pengetahuan anda, daripada 400 orang pengusaha di Malaysia, cuma 6 pengusaha yang dapat hasilkan cendawan lebih 500kg sehari. 80% daripada pengusaha cuma menghasilkan cendawan kurang daripada 50kg cendawan sehari.



BONUS EKSKLUSIF

Sebelum anda membuat keputusan, elok saya perkenalkan bonus-bonus yang bakal anda perolehi sekiranya anda membeli ebook Panduan Cendawan Tiram ini. Ebook ini dilengkapi dengan pakej bonus seperti berikut;

Bonus 1 -> Buku Kolesi Resepi Cendawan - Resepi Pilihan Chini Agro

CendawanEcoverResepi
Mengandungi pelbagai resepi pilihan berasaskan cendawan tiram. Kebanyakan adalah unik dan sangat mudah untuk sesiapa pun mencubanya.
Harga = RM 30


Bonus 2
- Direktori Usahawan Cendawan Malaysia

CendawanEcoverDirektori
Mengandungi maklumat lengkap dan terkini seperti nama pengusaha, alamat dan kontek number ( hp, email dan website ). Juga dilengkapi dengan tips menarik bagaimana untuk membuat lawatan ilmiah ke projek cendawan secara beretika dan mendapatkan input maksimum. Direktori ini sangat berguna kepada bakal usahawan cendawan.
Harga = RM 20

Bonus 3 - Ebook Panduan Pemasaran Internet untuk Usahawan Tani

 CendawanPanduanUsahawantani
Sebuah ebook terbaik karya saudara Bob dari Jutawantani. Ia mengandungi panduan bagaimana untuk menggunakan internet sebagai medium pemasaran di internet. Saya turut membeli dan mengaplikasikan kandungan ebook ini. Ebook ini dijual pada harga RM25 tetapi anda bakal menerimanya secara PERCUMA!

Bonus 4 - Kupon diskaun RM20 untuk Kursus Intensif Penanaman Cendawan Chini Agro

      CendawanBonus
Sebuah hadiah eksklusif dari Chini Agro. Pembeli ebook ini layak untuk menerima kupon diskaun RM20 untuk menyertai mana-mana kursus intensif cendawan anjuran Chini Agro.

Bonus 5 - Khidmat konsultansi PERCUMA


Pembeli ebook layak untuk mendapatkan khidmat konsultansi percuma. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat kami dalam pelbagai perkara asalkan ianya melibatkan projek cendawan tiram. Walaupun kami pun bukanlah seorang pakar, tapi saya pasti kami mampu membimbing anda untuk membina bisnes cendawan.

Harga = RM 50

Pakej Terhebat, Harga Terendah

Selama bertahun saya mengumpulkan ilmu untuk menulis ebook ini. Telah banyak wang saya gunakan untuk membuat kajian teknik itu dan ini. Ebook ini juga dihasilkan dengan begitu teliti sekali dan mengambil masa berbulan hanya untuk mengumpulkan bahan-bahannya. Nilai bonusnya sahaja mencecah ratusan ringgit. Jadi berapa harga yang saya patut letak agar ianya berbaloi dengan usaha saya?

Ramai sahabat saya yang telah mendapatkan ebook ini mengesyorkan saya untuk letakkan pada harga  ebook ini;
 RM 100
Tapi, bila difikir panjang, saya tidak ingin membebankan pembeli lebih-lebih lagi di zaman kegawatan ekonomi sekarang. Setelah pertimbangkan dari pelbagai sudut, harga yang saya tawarkan cuma ;

RM 40 RM30 (USD 9 )-promosi-


Jadi jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang sebelum saya menaikkan harga ebook kepada harga asal RM40. Ingat, tawaran ini hanya untuk 30 20 pembeli pertama sahaja.


CendawanOrder
PayPal payment

Jika anda merasakan harga ebook ini terlalu mahal, anda pastinya silap. Lihat dahulu testimoni rakan seangkatan saya selepas membaca ebook ini,

TESTIMONI #5

Tanniah bro atas penghasilan e book ini..memang berkualiti... cukup mudah di fahami malah mempunyai gambar serta maklumat yang amat cantik dan teliti..  siap dengan teknik pemasaran.. saya dulu beli ebook untuk teknik pemasaran saja dah rm50,bro... bro xnyesal ker harga tu? murah sangat...

Faizal Ibrahim
Cendawan Timur



Anda tidak perlu khuatir mengenai ebook ini kerana ia dilengkapi dengan jaminan dari Chini Agro. Jadi, anda tidak menanggung apa-apa risiko!


cendawanJaminan
Wang anda akan dipulangkan 100% sekiranya anda mendapati isi kandungan ebook ini tidak dapat membantu anda memulakan atau memajukan bisnes cendawan anda. Namun begitu, sedikit maklumat diperlukan sebelum wang anda dikembalikan
 
Ya! saya mahukan ebook Panduan Cendawan Tiram ini dengan segera!!
cendawanEcover
>Klik di sini untuk pembelian ebook Panduan Cendawan Tiram<


'Salam Usahawan Cendawan'

Zamlan bin Shamsuddin
panduan-cendawan.com
Chini Agro
-------------------------------------------------------------------------------------------------
p.s : Peluang kini terbuka luas untuk anda berjaya dalam sektor tani. Semakin lambat anda bertindak, semakin jauh peluang meninggalkan anda. Jadilah orang pertama membuka perusahaan cendawan di tempat anda. Moga berjaya!
p.p.s : Ebook ini akan di upgrade dari masa ke semasa. Pembeli ebook ini akan mendapat versi upgrade secara percuma. Kami akan menghubungi anda setiap kali melakukan upgrade.
p.p.p.s : Jika anda mempunyai blog atau website yang berkaitan pertanian, anda dijemput untuk menyertai program affiliate kami. Daftar sekarang melalui link di bawah.

JOIN AFFLIATE